Untuk memudahkan orang awam berurusan dengan SSM terutamanya pendaftaran syarikat, SSM telah membuka satu cawangan baru di Temerloh, Pahang. Upacara pembukaan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YBhg. Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob pada 14 November 2009 yang lalu. Pengerusi SSM, YBhg. Dato’ Azmi bin Ariffin dan Ahli Lembaga SSM, YBhg. Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said turut menghadiri upacara pembukaan tersebut.
Persatuan Setiausaha Syarikat Malaysia (Malaysian Association of Company Secretaries, MACS) diwakili oleh Presiden, Encik Lau Haw Chong, Timbalan Presiden, Tuan Haji Osman bin Ujang dan juga Pentadbirnya, Encik Alex Lee.
Opening ceremony of SSM branch at Temerloh, Pahang. |